Abu Bakar pada sidang akhbar pembentangan Belanjawan Negeri Perlis 2027.

40 pengamal media Perlis dapat bantuan RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seramai 40 pengamal media di Perlis bakal menerima bantuan khas sebanyak RM300 seorang secara sekali bayar (one-off) sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan golongan itu.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, bantuan membabitkan peruntukan keseluruhan RM12,000 itu akan disalurkan menerusi Persatuan Wartawan Perlis.

“Kerajaan negeri turut menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam menyampaikan maklumat serta mengetengahkan perkembangan dan pembangunan negeri Perlis kepada masyarakat,”

katanya semasa sidang akhbar sempena pembentangan Belanjawan Negeri Perlis 2027 hari ini.

Untuk rekod, ini kali pertama dalam sejarah kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas tersebut kepada pengamal media yang bertugas di negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN