Abang Rita Rudaini ada sejarah sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Abang sulung pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, meninggal dunia selepas rebah ketika berada di tempat tugas di Kompleks Kastam Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Ya, meninggal di tempat tugas Kastam Kelana Jaya. Arwah menghidap sakit jantung dan mendapat rawatan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham merupakan Pegawai Kastam Tinggi (WK3) yang bertugas di Perlis.

Menurutnya, Allahyarham rebah selepas terlibat dalam aktiviti sukan di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sempena persiapan Pesta Sukan Kementerian Kewangan yang sedang berlangsung.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Rita berdepan detik pilu apabila abang sulungnya meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi di PPUM selepas rebah ketika menghadiri acara membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN