Lokasi kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR dan kereta Perodua Axia, awal pagi tadi.

Peserta himpunan 125ZR maut motosikal bertembung Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 dari Petaling Jaya maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia di Kilometer 5.7, Jalan Pantai di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Ahmad Afiq Mohd. Adnan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun sedang bergerak dari arah Batu 4, Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ahmad Afiq berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada pukul 9 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN