TAPAH – Seorang pemuda berusia 30 tahun maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori di Kilometer (KM) 55, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati, nahas pada pukul 1.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Temoh menghala ke Tapah.
“Setibanya di lokasi kejadian,kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan tidak berturap.
“Drebar lori iaitu lelaki tempatan berusia 39 tahun tidak berada di lokasi kejadian kerana kenderaan berat tersebut diparkir berhampiran tempat kerja,” katanya di sini hari ini.
Mangsa dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan awam bertugas. – KOSMO! ONLINE
















