ISKANDAR PUTERI – Cubaan lima lelaki cuba melarikan diri berhubung kes kecurian kabel di Taman Nusa Bestari di sini, baru-baru ini berjaya diberkas oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Tinggi malam tadi.
Lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun berjaya ditahan dengan kerjasama Polis Kota Tinggi ketika mereka berada di sana.
Mereka berkemungkinan akan didakwa atas pertuduhan membunuh susulan kematian salah seorang mangsa berusia 22 tahun akibat kecederaan parah selepas dilanggar dalam kejadian tersebut.
Mangsa yang dikenali sebagai S Thanus, 22, meninggal dunia pada hari Rabu lalu, selepas dilanggar suspek yang cuba melarikan diri dari tempat kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, Selasa lalu.
Manakala seorang lagi mangsa, R Vinod Kumar, 34, terselamat, namun mengalami kecederaan serius termasuk paru-paru kempis dan patah lengan.
Mangsa dijadualkan menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.
Kosmo Online semalam melaporkan polis mengesahkan seorang lelaki meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Nusa Bestari di sini kelmarin yang dikaitkan dengan kes jenayah curi kabel. – KOSMO! ONLINE














