KUALA LUMPUR – Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Raya di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras di sini ditemukan hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat.
“Mangsa telah dijumpai,” katanya ringkas sebentar tadi.
Terdahulu, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki memasuki hari kedua dengan pencarian meliputi jarak kira-kira lapan kilometer.
Operasi pencarian disambung semula pukul 9 pagi tadi dengan membabitkan dua pasukan SAR. – KOSMO! ONLINE














