DALAM rakaman filem The Sound of Malaysia penonton akan dihidangkan dengan babak dan bunyi teh ditarik di kedai mamak, lemak sate berdesir di atas bara dan hujan menimpa daun pisang.
Malah, setiap babak dan bunyi akan kelihatan dan kedengaran seperti hasil kerja krew filem.Â
Tetapi bukan sebenarnya, setiap babak dan bunyi dalam The Sound of Malaysia dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar, HONOR Magic9 Pro Max baharu, yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini pada harga RM5,999.
Karya ini bukan hanya mempunyai bunyi sahaja yang memukau, malah filem ini merakam Malaysia seperti yang kita kenali di mana wap keemasan dari kaunter mamak, bara yang menyala di bawah langit malam, hutan hujan berkabus dan siluet bot nelayan ketika matahari terbit.Â
Setiap babak membawa kehangatan dan warna kampung halaman, dan setiap bunyi membawa kita pulang.
Di sebalik lensa itu terdapat sembilan pencipta kandungan ataupun kreator Malaysia yang mengejar babak dan bunyi kampung halaman yang berbeza dengan hanya menggunakan Magic9 Pro Max.
Sembilan kreator Malaysia yang terlibat adalah @apyfz, @amsyarnaaif, @n.muif, @iamod_, @huxsterized, @minghan1004, @t_yaosheng, @mkamilnasir dan @miqal.ys.
Tonton karya filem mereka di Instagram masing-masing, dan kompilasi penuh Sound of Malaysia boleh ditonton di saluran rasmi HONOR Malaysia.
Selain itu, kompilasi Sound of Malaysia juga menampilkan bunyi yang menarik dan rahsianya ialah sejenis mikrofon yang jarang didengar ada pada telefon.Â
Magic9 Pro Max dilengkapi mikrofon berarah gred sinematik pertama dalam industri yang dibangunkan sendiri.Â
Halakan ke arah satu bunyi, dan ia akan fokus pada bunyi itu sambil mengurangkan bunyi bising di sekeliling.
Dalam pada itu, sempena ulang tahun ke-10 Siri Magic, HONOR Magic9 Pro Max membawa naik taraf terbesar dalam sejarah siri ini.Â
Dibangunkan bersama syarikat teknologi sinema terkenal ARRI, ia membuka era baharu fotografi dan pembikinan filem menggunakan telefon pintar.
Video yang hebat perlukan bunyi yang sama hebat.Â
Mikrofon berarah ini menawarkan empat mod rakaman, Long Range, Close Up, Voice Isolation dan Voice Boost.Â
Ia mampu merakam dari jarak sehingga tiga kali lebih jauh, dengan ketepatan 158 peratus lebih baik berbanding mikrofon omnidirectional biasa.
Selain itu, HONOR AI Spatial Subwoofer dengan dwi pembesar suara 1216 memberikan pengalaman mendengar yang mengasyikkan, dan peranti ini memiliki dwi pensijilan SGS untuk rakaman dan main balik.
Selain itu, Magic9 Pro Max juga dilengkapi dengan ARRI CINEMA yang membawa pembikinan filem profesional ke telefon pintar.
ARRI CINEMA membawa sains warna dan teknologi pembikinan filem ARRI yang terkenal terus kepada pengguna telefon pintar.Â
Manakala, ARRI LogC3 menangkap cahaya hampir seperti filem tradisional, menghasilkan warna semula jadi, highlight yang halus dan tekstur sinematik yang lembut, dengan lebih fleksibiliti untuk color grading.

Pustaka ARRI Look menawarkan sembilan tema dan 87 Look yang tersendiri, membolehkan pengguna mencipta suasana sinematik berbeza tanpa suntingan yang rumit.Â
Telefon ini juga memperkenalkan ARRI 4K LiveVideo pertama dalam industri, menjadikan detik tiga saat sebagai kenangan bergerak bergaya sinematik, dengan sokongan kesemua 87 Look dan nisbah aspek sinematik 2.39:1.
Cip Pengimejan HONOR H1 khusus memproses data RAW terus dari sensor kamera untuk mengekalkan perincian halus.Â
Teknologi pengurangan hingar AI menghasilkan rakaman video lebih enam kali lebih bersih, walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar.
Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan sistem pengimejan sinematik dwi 200MP ARRI disokong penstabilan CIPA 8.0 terkemuka industri pada kamera utama dan telefoto, untuk gambar malam yang lebih tajam dan imej lebih stabil pada zum tinggi.
Penstabilan gerakan tiga darjah pada kamera utama memberikan kestabilan setaraf gimbal, memastikan video kekal lancar walaupun subjek bergerak pantas.Â
Kamera telefoto pula menggabungkan sensor besar 1/1.4 inci dengan penstabilan TrueShift, yang mengesan gerakan 1,000 kali sesaat untuk memastikan subjek jauh kekal jelas, walaupun dalam cahaya malap.
Cip Pengimejan H1 yang dibangunkan sendiri oleh HONOR berfungsi bersama pemproses Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dalam konfigurasi perintis dwi 200MP dan dwi cip.Â
Di bahagian depan, kamera swafoto 55MP yang dinaik taraf menggunakan sensor depan format segi empat sama pertama bagi Android, memuatkan lebih ramai orang dan pemandangan dalam satu swafoto berkumpulan.
Apa yang lebih menarik peranti ini juga boleh digunakan bersama aksesori seperti teleconverter G200 ialah teleconverter telefon pintar 200mm paling kecil dan paling ringan dalam industri, seberat hanya 88g dengan reka bentuk sebesar gincu.Â
Manakala, teleconverter G500 pula menawarkan panjang fokus optik 500mm terkemuka industri, mendekatkan subjek yang jauh, walaupun dari tempat duduk belakang di konsert.Â
HONOR SmallRig Mobile Video Kit dan sangkar pengembangan menambah kestabilan genggaman dan fleksibiliti untuk video bergaya profesional.

HONOR Magic9 Pro Max ialah telefon pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan Platform Mudah Alih Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, dibina dengan teknologi 2 nanometer.Â
CPU Oryon, GPU Adreno generasi baharu dan NPU Hexagon yang dipertingkat daripada Qualcomm memberikan permainan yang lebih lancar, multitasking lebih pantas dan pengalaman AI yang lebih responsif.
Platform ini menyokong Advanced Professional Video (APV) untuk rakaman berkualiti tinggi dengan lebih fleksibiliti semasa suntingan. Qualcomm Spectra ISP dan Intelligent Pixel Control pula menambah baik pencahayaan, warna dan perincian.
Manakala dari segi ketahanan, peranti ini hadir dengan bateri Silikon-Karbon HONOR 8,000mAh yang membolehkan pengguna merakam, mengambil gambar, menyunting dan bermain permainan untuk tempoh yang lama, dengan sehingga 23.28 jam main balik video TikTok.Â
HONOR SuperCharge 100W berwayar dan 80W tanpa wayar membolehkan pengguna kembali berkarya dalam masa yang singkat.
HONOR Magic Diamond Screen yang dinaik taraf mempunyai 5,600 lapisan pelindung, dengan ketahanan calar sehingga 15 kali ganda dan ketahanan jatuh sehingga 25 kali ganda. Penarafan IP68, IP69 dan IP69K melindungi daripada habuk dan air.
Skrin ini mencapai kecerahan puncak 10,000 nit terkemuka industri dengan pantulan hanya 1.5 peratus, kekal jelas di bawah cahaya matahari terik.Â
Pemalapan PWM 4,320Hz dan Circularly Polarised Display 2.0 menjadikannya telefon pintar pertama yang mencapai pensijilan TUV Rheinland Full Care Display 6.0.
Cip HONOR C3 RF Enhanced yang dibangunkan sendiri berfungsi bersama dua cip penguat isyarat 5G dan empat cip penguat isyarat Wi-Fi, untuk isyarat sehingga 28 peratus lebih kuat di kawasan liputan lemah seperti lif dan tempat letak kereta bawah tanah.
MagicOS 11 menambah AI Deepfake Detection dan AI Voice Cloning Detection, yang mengesan wajah yang dimanipulasi dan suara klon dalam beberapa saat semasa panggilan video dan telefon.Â
Payment Trust Space mengimbas risiko pembayaran setiap kali aplikasi pembayaran dibuka, dengan sokongan Touch ‘n Go, Maybank, UOB TMRW, ShopeePay, Google Wallet, PayPal dan Wise.
Butang AI khusus memberikan akses segera kepada AI Screen Suggestions, AI Photos Agent dan AI Memory baharu, tekan dua kali untuk menyimpan sorotan video.Â
HONOR Connect membolehkan perkongsian fail gaya AirDrop dengan iPhone, sokongan Apple Watch untuk pemberitahuan, panggilan dan data kesihatan, sambungan AirPods asli, serta One-Tap Transfer dengan peranti Insta360 yang serasi.
Bagi mereka yang berminat dengan peranti ini, tempahan awal HONOR Magic9 Pro Max dibuka sehingga 3 Disember 2026. Setiap tempahan awal disertakan pakej hadiah percuma bernilai RM4,009.
Pakej hadiah ini merangkumi rebat segera RM300, kupon professional imaging kit bernilai RM300, pembesar suara Harman Kardon Aura Studio 5 (eksklusif tempahan awal), HONOR Magic9 Pro Max Magnetic Swap Case, perlindungan kerosakan cecair, skrin dan penutup belakang selama satu tahun, waranti lanjutan satu tahun, perkhidmatan penggantian bateri dua tahun dan Google AI Pro percuma selama tiga bulan.
Buat tempahan awal di HONOR Experience Store seluruh negara, HONOR Malaysia Online Store, dan kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada serta TikTok Shop.Â
Rakan runcit terpilih Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic juga menerima tempahan awal. – KOSMO! ONLINE














