Jalaluddin ketika ditemui pemberita di Istana Besar Menanti, Kuala Pilah hari ini. Foto oleh SHAHJEHAN MAAMIN

‘Saya okey, tiada rasa kecewa’ – Jalaluddin jawab isu jawatan MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan soal ‘harapan’ untuk menjadi Menteri Besar bukan keputusan dirinya, sebaliknya tertakluk kepada prerogatif Presiden UMNO dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau berkata, setiap individu mempunyai harapan masing-masing, namun pelantikan jawatan tertinggi kerajaan negeri itu perlu menghormati proses serta kuasa yang telah ditetapkan.

“Siapa yang kata harapan ini? Semua orang ada harapan. Cuma saya sudah beritahu awal-awal, soal untuk menjadi Menteri Besar atau tidak, ini prerogatif Presiden parti dan juga perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar,” katanya selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

Menurut beliau, perkara paling penting ketika ini adalah memastikan semua pihak terus menjunjung kasih terhadap titah Tuanku serta memperkukuhkan ketaatan kepada institusi diraja.

Katanya, langkah itu perlu bagi memastikan sejarah hitam yang berlaku sebelum ini tidak berulang dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.

Mengulas spekulasi yang terus mengaitkan dirinya dengan jawatan Menteri Besar, Jalaluddin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang rasa kecewa meskipun harapan tersebut diperkatakan pelbagai pihak.

“Saya okey dan tidak mempunyai sebarang rasa kekecewaan. Tinggal lagi ceplos dan sebagainya itu adalah tanggungjawab mereka. Kalau tidak, mereka tidak ada kerja pula,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN