Keadaan mangsa banjir di Rompin pada Mac tahun lalu. - GAMBAR HIASAN

Pahang tidak abai mangsa banjir berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi jaminan tidak akan mengabaikan kebajikan mangsa banjir yang terjejas berulang kali meskipun mereka tidak layak menerima bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang benar-benar memerlukan meskipun bantuan berkenaan tidak lagi ditanggung oleh Nadma.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus memantau keadaan mangsa banjir dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

“Tetapi daripada segi kerajaan negeri, sekiranya berlaku lagi banjir sebegini, kita tidak akan mengabaikan kebajikan mereka, dan sekiranya benar-benar memerlukan bantuan, Kerajaan Negeri akan pertimbangkan,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V. Arumugam pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, ketetapan bantuan Nadma yang hanya boleh diberikan sekali dalam tempoh tiga bulan merupakan arahan Kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh dengan sebanyak 572 hotspot dikenal pasti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN