fbpx
GREENWOOD melengkapkan perpindahan ke Fenerbahce dari Marseille dengan kontrak selama empat tahun. - FB FENERBAHCE

United kaut untung perpindahan Greenwood ke Fenerbahce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Penyerang berbakat, Mason Greenwood meneruskan kariernya di Turkiye apabila sah meninggalkan Marseille untuk menyertai Fenerbahce menerusi perpindahan bernilai €39 juta (RM181.8 juta).

Penyerang berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama naib juara Liga Super Turki musim lalu yang mahu memperkukuhkan jentera serangan menjelang kempen baharu.

Greenwood meninggalkan Marseille selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang dua musim di Ligue 1 apabila meledak 48 gol dan mencipta 16 bantuan jaringan dalam 81 penampilan.

Walaupun urus niaga ini melibatkan Marseille dan Fenerbahce berjaya diselesaikan, Manchester United merupakan pihak yang mendapat manfaat secara tidak langsung daripada perpindahan tersebut.

Ketika United menjual Greenwood kepada kelab Perancis itu, mereka dilaporkan memasukkan klausa jualan semula (sell-on clause) yang besar sekitar 40% hingga 50% daripada nilai perpindahan pada masa hadapan.

Ini bermakna kelab Liga Perdana Inggeris itu berpotensi menerima hampir £17 juta (RM93.55 juta) hasil daripada perpindahan terbaharu ini.

Kehadirannya dijangka memberi nafas baharu kepada Fenerbahce yang sekadar menamatkan saingan Liga Super Turki di tangga kedua, tiga mata di belakang juara, Galatasaray.

Fenerbahce akan memulakan musim baharu dengan aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentang Gornik Zabrze sebelum membuka kempen liga bertemu Genclerbirligi pada 16 Ogos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN