fbpx
BIARPUN sebutannya kurang sempurna, video-video nyanyian Rahim Maarof dalam sebuah persembahan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini mengundang sebak hampir semua orang.

Nyanyian Rahim Maarof bikin sebak ‘seMalaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERASA macam baru sahaja ada antara kita yang menonton persembahan Datuk Awie menyanyikan lagu Istana Menanti dalam konsert Datuk M. Nasir, kemudian siapa sangka jauh dari Kuala Lumpur, penyanyi asal lagu berkenaan muncul di Kota Bharu menyanyikan lagu sama bersama rakan-rakan seangkatan.

Bukan lagu Istana Menanti sahaja, malah penyanyi legenda itu juga mengundang sebak hampir semua orang tatkala menyampaikan lagu Usang secara solo.

Difahamkan, Rahim nekad menjayakan sebuah persembahan anjuran usahawan muda, Syahmi Sazli di sana. Bayangkan, selepas empat tahun berehat dan memberi perhatian kepada masalah kesihatan, Rahim akhirnya boleh menyanyi.

Dalam video tular yang mengundang sayu itu, meski sebutannya semakin kurang jelas dan menyanyi dalam keadaan duduk, Rahim tetap dilihat bersemangat. Lebih menyentuh hati juga, apabila penyanyi seperti Tok’Ki juga kelihatan tidak dapat menahan air mata apabila melihat sahabatnya beraksi sedemikian rupa di atas pentas.

Rata-rata mendoakan penyanyi berusia 71 tahun itu diberikan kesembuhan dan kembali aktif menghiburkan ramai.

“Sebaknya tengok keadaan Rahim, tapi semangat dia kuat. Penyanyi kegemaran ramai, rindunya nak dengar nyanyian dia,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN