REEN Rahim mengakui perubahan penampilannya yang kini berhijab berlaku secara semula jadi, paling ketara selepas pulang mengerjakan umrah awal tahun ini.

‘Semoga istiqamah sampai syurga’- Reen Rahim dah tak selesa ‘free hair’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Sebenarnya saya tak perasan sangat, mungkin suami saya boleh jawab macam mana terdetik saya boleh pakai tudung.”

Demikian respons ringkas pelakon Reen Rahim mengenai penampilannya yang dilihat mengenakan hijab sejak awal tahun ini.

Sementara itu suaminya, Hazim Zainal pula menjelaskan, penghijrahan isterinya mengenakan tudung berlaku secara semula jadi selepas pulang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

“Hidayah milik Allah, tapi saya sebagai suami memang banyak mendoakan dia.

“Saya tak ada nak kongkong atau marah. Pada saya, saya hanya cakap mana yang baik atau tidak dan nasihatkan dia serta bagi input-input agama.

“Saya tak adalah cakap ‘hari ini kena pakai tudung’, dia sendiri tiba-tiba balik daripada Tanah Suci, alhamdulillah bermula daripada situ terus pakai tudung,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya lagi, perubahan tersebut nyata memberikan ketenangan buat pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 38, sehingga dia berasa janggal apabila tidak menutup aurat.

“Sekali saja Allah bagi dia rasa, bila buka tudung dia kelam kabut. Bila saya tanya kenapa, dia kata tak selesa.

“Alhamdulillah banyak doa termakbul yang Allah bagi. Insya-Allah semoga dia istiqamah.

“Kita sama-sama doakan dia semoga istiqamah sampai syurga,” katanya lagi.

Sementara itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berseloroh tidak perlu berbelanja untuk membeli pakaian baharu memandangkan dia sudah mula menggayakan pakaian longgar sebelum bertudung.

“Sebenarnya sebelum pakai tudung, kalau kalian perasan saya dah pakai baju dan seluar besar.

“Baju seksi itu saya dah bagi anak-anak buah. Jadi saya tak ada isu beli baju baru.

“Tinggal saya curi tudung mak saya sahaja,” selorohnya.

Sebelum ini, Reen dilihat mula memakai hijab sejak menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Selepas pulang dari Tanah Suci, dia dilihat selesa memakai selendang termasuklah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN