ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di sebuah kilang gula-gula di daerah Serang, wilayah Banten pada awal pagi semalam. - AFP

Kebakaran kilang gula ragut tiga nyawa, 36 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tiga maut manakala 36 lagi masih hilang selepas sebuah kilang pengeluaran gula-gula dan produk berasaskan gula terbakar di daerah Serang, barat Jakarta, Indonesia semalam.

Pegawai penyelamat, Rizky Dwianto berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan pada hari ini, namun kebakaran yang masih berlaku di beberapa bahagian kilang menyukarkan usaha mengesan mangsa.

Kilang Fonusa Agung Mulia yang terletak kira-kira 50 kilometer dari ibu negara itu terbakar pada petang Sabtu.

Rakaman televisyen yang disiarkan pada malam kejadian menunjukkan sebahagian bangunan kilang musnah, manakala beberapa bahagian bumbung runtuh akibat kebakaran.

“Setakat ini, 39 orang masih dalam pencarian,” kata Rizky sambil memaklumkan empat individu lain cedera dalam kejadian itu.

Beliau berkata, semua anggota pasukan SAR gabungan sedang berusaha sedaya upaya mengesan mangsa yang hilang dengan mengutamakan keselamatan petugas di lokasi kejadian.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana tempatan memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN