MANGSA ditemui tersangkut di batang pokok di kawasan air terjun Puncak Jelapang, Meru Raya, Ipoh pagi tadi. Foto IHSAN JBPM PERAK

Mangsa kepala air tersangkut di batang pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang wanita yang hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air ketika mandi di kawasan air terjun di Puncak Jelapang, Meru Raya di sini semalam ditemukan hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa, P. Shena, 21, ditemui orang awam tersangkut di batang pokok pada pukul 8.10 pagi tadi.

“Mangsa ditemui dalam jarak 1.5 kilometer dari lokasi awal dipercayai telah hanyut.

“Anggota bomba seterusnya membawa naik mangsa ke atas dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, bomba menggunakan dron untuk menjejaki mangsa selain kekuatan bot sepanjang laluan sungai tersebut.

Untuk rekod, setakat ini, terdapat lima kes lemas direkodkan di Perak setakat ini ekoran musim tengkujuh termasuk kejadian kepala air masing-masing di Taiping, Pulau Pangkor, Gopeng, Sungai Siput dan Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN