Pengunjung perlu sentiasa peka dengan keadaan sungai terutama ketika musim hujan. – GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Sungai yang tenang jangan sangka tiada kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Aktiviti mandi-manda di sungai sering menjadi pilihan orang ramai untuk beriadah terutama ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Suasana air yang jernih, kehijauan alam serta udara segar sememangnya memberikan ketenangan selepas penat bekerja. Namun, di sebalik keindahan itu, orang ramai perlu sentiasa berwaspada kerana sungai juga menyimpan pelbagai bahaya yang tidak diundang.

Antara risiko utama ialah kepala air, batu licin dan perubahan paras air secara mendadak, terutama ketika hujan di kawasan hulu sungai.

Ada kalanya keadaan air kelihatan tenang di permukaan, tetapi sebenarnya mempunyai arus kuat di bahagian bawah. Justeru, pengunjung tidak seharusnya mengambil mudah soal keselamatan diri dan keluarga.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengawasi anak-anak sepanjang masa.

Elakkan juga daripada terjun ke kawasan yang tidak diketahui kedalamannya serta patuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa.

Janganlah kita menjadikan aktiviti riadah sebagai punca berlakunya tragedi yang meragut nyawa. Keseronokan mandi sungai tidak sepatutnya dibayar dengan kehilangan insan tersayang.

Abang Zack
Hulu Langat, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN