Noor Ainina Farajihan (kanan) menunjukkan kesan pembedahan pada perut Muhammad Asyraf yang menghidap kanser usus tahap empat di rumahnya di Kampung Jambu Merah, Melor, Kota Bharu semalam.

‘Bantu saya untuk selamatkan Asyraf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang wanita merayu kepada orang ramai supaya membantunya mendapatkan RM3,000 bagi menampung kos pembedahan adik lelakinya yang menghidap kanser usus tahap empat sejak dua tahun lalu.

Noor Ainina Farajihan Mohd.Suhaimi, 30, berkata, dia kehabisan wang selepas adiknya Muhammad Asyraf, 25, menjalani pembedahan membuang usus kali keempat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, di sini, pada 15 Oktober lalu.

Katanya, kesemua wang sudah habis digunakan untuk rawatan adiknya yang juga orang kurang upaya selepas pembedahan itu.

“Wang simpanan pun sudah habis kerana ibu bapa saya tidak lagi bekerja atas faktor usia.

“Sekarang saya buntu untuk mencari wang kerana saya difahamkan oleh pihak hospital, adik saya perlu menjalani pembedahan lagi dengan kos sebanyak RM3,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jambu Merah, Melor, di sini, semalam.

Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan diketuai Mohd.Abdul Halim Che Adnan, tampil menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Menurut Noor Ainina Farajihan, adiknya mengalami masalah usus sejak lahir lagi, tetapi tidak serius sebelum disahkan menghidap kanser usus tahap empat dua tahun lalu.

Tambahnya, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,500 setiap bulan untuk membeli susu, lampin pakai buang dan ubat-ubatan untuk adiknya serta perbelanjaan keluarga.

“Saya sudah kehabisan wang dan ada masa saya terpaksa meminta tolong keluarga terdekat untuk membantu membeli ke­perluan untuk adik saya terma­suk membawanya ke hospital,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya menerusi talian 011-1188 9498 atau menggunakan akaun CIMB 7633473662 atas nama Noor ­Ainina Farajihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN