Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa ketujuh insiden kepala air Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, petang tadi. FOTO JBPM SELANGOR

Mayat ketujuh tragedi kepala air Sungai Luit ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Mayat ketujuh mangsa insiden kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, di sini ditemukan pada pukul 3.40 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mangsa merupakan lelaki dewasa warga India yang identitinya masih belum dikenal pasti.

Katanya, mayat mangsa ditemukan di sektor C sebelum dibawa ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 2.20 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Klinik Kesihatan Rasa pada pukul 4.45 petang sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis ubtuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan di sektor C dan D bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN