KOMBINASI gambar menunjukkan kekecohan yang berlaku apabila seorang lelaki disambut tiga wanita dipercayai isterinya di sebuah lapangan terbang di Bangladesh, baru-baru ini. – AGENSI

Pekerja Bangladesh pulang dari Malaysia haru biru disambut 3 isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA –  Seorang lelaki Bangladesh yang bekerja di Malaysia berdepan situasi ‘haru biru’ apabila pulang ke negara asalnya, demikian menurut portal video The Quillcast.

Klip video kejadian tersebut dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini sebelum menjadi tular. 

Rakaman itu menunjukkan dia disambut oleh tiga wanita yang dipercayai isterinya secara serentak sebaik selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dengan menaiki penerbangan dari Malaysia.

Situasi yang pada mulanya gembira,   bertukar kecoh apabila ketiga-tiga isteri mula menariknya supaya  pulang ke rumah masing-masing.

Insiden itu turut dikongsi di platform Tiktok dan menunjukkan beberapa wanita mengerumuni lelaki tersebut, manakala orang ramai termasuk petugas media dilihat berada di lokasi. 

Menurut keterangan video di laman  TikTok, ketiga-tiga wanita itu dilaporkan bertengkar tentang isteri mana yang berhak untuk membawa pulang suami mereka.

Identiti lelaki dan tiga wanita itu tidak dapat disahkan secara bebas, manakala insiden tersebut dikatakan berlaku pada 10 November lalu.

Sama ada insiden tersebut adalah lakonan atau berlaku secara spontan juga tidak dapat disahkan secara bebas.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN