Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Kehadapan Microsoft, terima kasih beri kami cuti sehari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir pengguna perkhidmatan Microsoft 365 yang berdepan sistem tergendala pada hari ini, turut mengucapkan rasa ‘syukur’ kerana kejadian tidak diingini seperti ini disifatkan hadiah cuti sehari seketika selepas sibuk bergelumang dengan kerja.

Menerusi tinjauan di media sosial Threads, segelintir pengguna di negara ini meminta pihak Microsoft untuk mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan permasalahan tersebut serta tidak terlalu terdesak.

“Kehadapan Microsoft, tak perlu tergesa-gesa, ambil masa anda bersama keluarga. Utamakan kesihatan mental anda, selamat hari Jumaat kepada semua. Ikhas daripada semua pekerja korporat,” kata Nurzaidahieda memuat hantaran secara berseloroh.

Ia mendapat pelbagai sokongan daripada ramai pengguna Threads dan mereka meminta pihak Microsoft menyelesaikan masalah itu secara dengan tenang tanpa perlu terburu-buru.

“Kehadapan Microsoft, terima kasih beri kami cuti sehari. Ikhlas daripada semua jenis pekerjaan,” komen Ciklaen berseloroh.

“Hari ini Jumaat, Microsoft memahami jiwa kita,” kata Wanisyazaniey.

“Hahaha, kami harap anda utamakan tidur dan kesihatan mental yang utama,” kata Dinodonodonu.

“Pertama kali satu dunia korporat tak kisah kalau sistem lambat dipulihkan. Microsoft ambil masa anda, kalau boleh Isnin pagi baru rasa segar,” kata Tiarairinda.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, perkhidmatan Microsoft 365 dilaporkan mengalami gangguan, menyebabkan ramai pengguna tidak dapat membuka e-mel Outlook, sekali gus menjejaskan urusan kerja mereka pada pagi ini.

Tinjauan di media sosial Threads dan X mendapati, ramai pengguna perkhidmatan Microsoft 365 di negara ini meluahkan turut berdepan masalah tersebut yang menyebabkan pelbagai urusan turut tergendala.

Terdahulu, Microsoft memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan yang tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba, bukan peningkatan trafik pengguna.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Microsoft 365 Status dalam kemas kini terbaharu menerusi platform X memaklumkan bahawa gangguan itu menyebabkan beban tambahan kepada infrastruktur yang masih beroperasi.

Gangguan itu menjejaskan akses kepada peti mel Exchange Online dan berkemungkinan perkhidmatan Microsoft 365 yang lain, dengan pengguna melaporkan masalah sambungan menerusi pelbagai kaedah akses. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN