GAMBAR yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pertahanan Nasional Mexico ini menunjukkan Fausto Isidro Meza, yang dikenali sebagai ‘Chapo Isidro’ (tengah), bersama sekutunya di bawah kawalan ketat setibanya mereka di hangar tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Benito Juarez di Bandar Raya Mexico semalam. - AFP

Raja dadah Mexico ditahan FBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang raja dadah Mexico yang berada dalam senarai 10 penjenayah paling dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berjaya diberkas susulan insiden berbalas tembak dengan pihak berkuasa tempatan, lapor stesen penyiaran BBC.

Menurut kenyataan Sekretariat Pertahanan Mexico, suspek utama, Fausto Isidro ‘Chapo Isidro’ Meza Flores bersama tujuh individu lain ditahan oleh pasukan khas negara itu dalam satu serbuan di Guasave, Sinaloa pada Jumaat lalu.

Operasi berkenaan turut menyaksikan tujuh suspek maut, manakala empat anggota tentera Mexico yang sedang dalam perjalanan untuk memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan tersebut terkorban.

Meza Flores merupakan individu yang dikehendaki di Mexico atas pertuduhan jenayah terancang, selain turut berdepan tuduhan oleh FBI kerana didakwa ‘membanjiri Amerika Syarikat dengan , kokain, heroin dan pelbagai dadah berbahaya yang lain’. 

Susulan penahanan itu, Washington kini sedang memohon proses ekstradisi terhadapnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN