Tangkap layar video CCTV seekor gajah dikesan berkeliaran di kawasan taman perumahan di Bandar Utama, Gua Musang.

Gajah kejar anjing sampai masuk taman perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 3,000 penduduk Bandar Utama di sini gempar apabila seekor gajah liar sesat dikesan berkeliaran di kawasan taman perumahan itu malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kemunculan haiwan berkenaan mengejutkan penduduk yang sedang menjalankan aktiviti harian, malah ada yang terpaksa membatalkan urusan keluar rumah kerana bimbang keselamatan diri.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik penduduk turut menunjukkan gajah berkenaan mengejar seekor anjing yang berada di kawasan taman perumahan tersebut.

Seorang penduduk, Ahmad Aiman Hashim, 27, berkata, gajah berkenaan dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran taman perumahan itu.

Ahmad Aiman menunjukkan laluan dilalui gajah liar ketika berkeliaran di taman perumahan Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan semalam. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Katanya, dia bimbang haiwan tersebut kembali muncul di kawasan kediaman berkenaan kerana boleh mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang keluar untuk menghadiri kelas mengaji pada waktu malam.

“Rakaman CCTV penduduk menunjukkan gajah itu turut mengejar seekor anjing di kawasan taman. Kami bimbang jika haiwan itu muncul lagi, terutama ketika anak-anak keluar pergi mengaji pada waktu malam.

“Budak-budak biasanya berjalan atau keluar pada waktu malam untuk pergi mengaji, jadi kalau terserempak dengan gajah memang berbahaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN