fbpx
Mohamad dan Ahmad Zahid Hamidi pada penamaan calon PRN Negeri Sembilan ke-16, di Dewan Seri Rembau, pagi ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

PRN Negeri Sembilan: Bendera gergasi BN, paluan gendang iringi Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Penyokong Barisan Nasional (BN) tampil membawa bendera parti bersaiz gergasi sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, di Dewan Seri Rembau, di sini pagi ini.

Malah, ketibaan Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan turut disambut dengan paluan gendang dan laungan Hobin Jang Hobin.

Turut mengiringi Mohamad atau Tok Mat ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut sempat memberikan pelukan semangat buat calon.

Ahmad Zahid bersama Datuk Jaffry Arifin tiba di Dewan Seri Rembau pada pukul 8.40 pagi bersama ratusan penyokong BN dari pelbagai bangsa dan kaum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN