fbpx
Tangkap layar video Syed Saddiq yang dimuat naik di akaun Instagramnya, hari ini.

‘Cramp’ seluruh badan, Syed Saddiq terpaksa berjalan 3km terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui tubuhnya mengalami kekejangan sehingga terpaksa berjalan bagi menamatkan tiga kilometer terakhir pada hari kedua Larian Kesyukuran Muar.

Perjalanan hari kedua bermula dari Labu sebelum melalui Seremban dan Pedas serta berakhir di Kota, namun keadaan fizikalnya semakin mencabar susulan hujan lebat dan keletihan.

“Hari ini badan memang sangat terseksa. Kekejangan datang di seluruh badan dan ada ketika saya sendiri rasa sangat sukar untuk meneruskan larian.

“Ketika saya merakam video ini pun, saya masih boleh rasa kekejangan itu akan datang,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan beliau tidak lagi mampu berlari ketika menghampiri lokasi penamat di Kota.

“Untuk tiga kilometer terakhir menuju ke Kota (hari kedua), saya sudah tidak mampu berlari dan terpaksa berjalan.

“Tetapi apabila sampai dan melihat lautan manusia menunggu, semangat itu datang semula,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tabung kutipan dana sempena Larian Kesyukuran Muar anjuran Syed Saddiq mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya melepasi sasaran asal RM200,000 sebaik memasuki hari kedua cabaran tersebut.

Berdasarkan kemas kini di laman rasmi kempen, jumlah kutipan setakat pukul 1.20 pagi hari ini mencecah RM361,848, iaitu 181 peratus daripada sasaran asal RM200,000, sekali gus melebihi sasaran sebanyak RM161,848.

Terdahulu, Syed Saddiq melaksanakan Larian Kesyukuran Muar sebagai tanda kesyukuran selepas beliau dibebaskan daripada sabitan dan hukuman yang dihadapinya pada Isnin lalu.

Misi larian amal sejauh hampir 200 kilometer itu bermula di Istana Kehakiman, Putrajaya dan dijadualkan berakhir di Laman Maharani, Muar esok selepas melalui beberapa lokasi di Negeri Sembilan dan Johor sepanjang empat hari perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN