JOHOR BAHRU – Beberapa kenderaan yang membawa calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor mula memasuki pekarangan Istana Bukit Serene melalui Pintu Kolam Air, di sini pagi ini bagi menghadiri Majlis Istiadat Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Johor, hari ini.
Pelantikan barisan Exco itu dibuat selepas Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor ke-20 pada 13 Julai lalu di hadapan Pemangkh Sultan Johor, Tunku Mahkato Ismail di Istana Bukit Serene susulan kemenangan Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri dijangka mengangkat sumpah sebagai Exco Johor bagi membantu pentadbiran Onn Hafiz selepas Barisan Nasional memperoleh mandat membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Majlis istiadat hari ini berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang berkenan menyempurnakan istiadat pelantikan termasuk penyerahan surat cara pelantikan kepada barisan Exco baharu. – KOSMO! ONLINE














