fbpx
AMINUDDIN (baju merah muda) bersama empat lagi calon PH diiringi lebih 300 penyokong tiba di Kompleks Pentadbiran Port Dickson pagi tadi. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP.

PRN N. Sembilan: Aminuddin tidur lena, baju melayu merah ke penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama calon Pakatan Harapan (PH) di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Port Dickson tiba di Pusat Penamaan Calon, Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada pukul 8.20 pagi tadi.

Seramai lebih 300 penyokong PH yang berpakaian baju merah dan membawa bendera parti mengiringi lima calon PH termasuk Aminuddin yang bertanding di DUN Linggi. Datuk Yew Boon Lye (Chuah), Coo Ken Hwa (Lukut), Nasir Rahman (Bagan Pinang) dan Dr. G.Rajassekaran (Sri Tanjung).

Aminuddin hadir dengan memakai baju Melayu merah muda kelihatan tenang sambil memberitahu, beliau tidur lena malam tadi dan memakai baju merah supaya nampak lebih ‘garang’ dan semangat PH.

“Alhamdulillah (tidur lena), macam mana, okey? Awal pagi sampai dah. Baju merah nampak garang, semangat sikit, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Calon PH diiringi Setiausaha Agung PH, Datuk Dr. Fuziah Saleh dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang juga Pengerusi PKR Pahang.

Aminuddin dijangka disaingi calon penyandang Barisan Nasional, Datuk Mohd. Faizal Ramli dan calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said yang juga Ketua Bersatu Cawangan Linggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN