NILAI – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Beliau turut mengesahkan kesemua calon Bersatu akan menggunakan logo parti sendiri.
Muhyiddin berkata, penyertaan Bersatu menggunakan lambang parti sendiri itu merupakan satu detik bersejarah sejak penubuhannya kira-kira 10 tahun lalu.
“Ini satu detik bersejarah bagi Bersatu. Selepas 10 tahun ditubuhkan, inilah kali pertama kita bertanding dalam PRN Negeri Sembilan menggunakan logo Bersatu.
“Kita sudah sampai ke tahap kematangan yang boleh dibanggakan. Sebagai sebuah parti, pencapaian ini tidak kita duga dan Bersatu kini diiktiraf sebagai parti yang amat berpengaruh dalam politik negara,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan hari ini. – KOSMO! ONLINE














