fbpx
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun ditemani Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin meninjau raptai dan semakan akhir di pusat penamaan calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban, di sini, pagi tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PRN N. Sembilan: 70 calon sudah bayar deposit, jangan tunggu saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar deposit bagi mengelakkan kesesakan ketika proses penamaan calon esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat pukul 9 malam semalam, seramai 70 daripada 464 bakal calon yang membeli borang pencalonan telah menjelaskan bayaran deposit.

Katanya, bayaran deposit masih boleh dibuat sehingga pukul 10 pagi esok pada waktu penamaan calon ditutup, namun mereka digalakkan supaya menyelesaikannya lebih awal.

“Kita harap bakal calon dapat datang lebih awal, malah jika boleh selesaikan bayaran hari ini supaya tidak berlaku keadaan tergesa-gesa dan kesesakan esok.

“Semua calon masih boleh membuat bayaran sehingga pukul 10 pagi esok, tetapi kita galakkan bayaran dibuat lebih awal bagi melancarkan urusan,” katanya selepas meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon PRN Negeri Sembilan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban, di sini, pagi tadi.

Ramlan berkata, semua lapan pusat penamaan calon membabitkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kini berada dalam keadaan siap sepenuhnya.

Menurutnya, proses penamaan calon akan berlangsung dari pukul 9 hingga 10 pagi esok dengan seramai 761 petugas SPR ditugaskan bagi mengendalikan urusan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah pengundi berdaftar di Negeri Sembilan kini mencecah 889,000 orang berdasarkan maklumat Daftar Pemilih setakat April lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN