fbpx
SARR

Sarr tambah kegembiraan Palace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEIPZIG – Crystal Palace menikmati kegembiraan berganda apabila penyerangnya, Ismaila Sarr diangkat sebagai penjaring terbanyak Liga Konferens Europa, musim ini.

Secara keseluruhan, Sarr berjaya meledak sembilan gol dan aksi hebatnya berjaya memacu kejayaan pasukan yang diangkat sebagai juara musim ini selepas menewaskan Rayo Vallecano 1-0, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Sarr memberikan kredit kepada seluruh pasukan yang dianggap memainkan peranan besar untuk membantunya menjaringkan gol.

“Bagaimana saya rasa sepanjang kejohanan? Inilah yang pengurus dan rakan sepasukan harapkan daripada saya, namun kami bekerja sebagai satu pasukan. Tanpa pasukan, saya juga tidak mampu menjaringkan banyak gol.

“Secara individu, kami agak bagus dan secara berpasukan, kami cukup hebat. Saya gembira untuk menjaringkan lebih banyak gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan,” katanya.

Penyerang Samsunspor, Marius Mouandilmadji dan Mikael Ishak (Lech Poznań) berada di tangga kedua penjaring terbanyak dengan lapan gol diikuti bintang AZ Alkmaar, Sven Mijnans yang meledak enam gol.

Palace juga muncul pasukan yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang kejohanan dengan meledak 26 gol. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN