fbpx
PSG dianggap pilihan untuk memenangi aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. - AFP

Final UCL: PSG azam kekal kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mula melancarkan perang psikologi terhadap Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada final Liga Juara-Juara (UCL) di Puskas Arena tengah malam nanti.

Pengendali dari Sepanyol itu menyifatkan The Gunners merupakan sebuah pasukan yang cukup berbahaya dan mampu untuk mengancam pintu gol mereka sekiranya diberikan terlalu banyak ruang.

Tambah beliau, kejayaan Arsenal menamatkan kemarau selama 22 tahun untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi bukti bahawa skuad kendalian Mikel Arteta itu mampu meranapkan impian PSG.

“Saya fikir Arsenal memang layak untuk menjadi juara Liga Perdana musim ini kerana mereka sudah mengharungi kempen yang cukup menakjubkan. Saya tahu kemampuan mereka kerana kami pernah bertemu sebelum ini.

“Tanpa bola, mereka adalah pasukan terbaik di dunia dan jika bola berada di kaki, mereka mampu untuk menjaringkan banyak gol. Bagi saya, ia satu kombinasi yang sangat baik untuk sesebuah pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan itu pernah bertemu di separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu dengan kemenangan memihak kepada PSG menerusi agregat 3-1 untuk mereka melangkah ke pentas final.

Atas kertas, PSG dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mengekalkan kejuaraan, terutamanya selepas mereka berjaya menyingkirkan Bayern Munich di separuh akhir hasil kemenangan agregat 6-5.

Justeru, Enrique menggesa barisan pemainnya supaya mengulangi prestasi yang ditampilkan ketika bertemu Bayern selain memberikan sepenuh fokus terhadap persiapan sendiri berbanding menilai pasukan lawan.

“Apa yang paling penting sekarang adalah untuk melakukan persiapan terbaik dan jangan fikirkan mengenai lawan. Kami perlu keluarkan permainan sama seperti ketika bertemu Bayern sebelum ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN