fbpx
Seorang mangsa bot karam di perairan Pulau Perak ditemui meninggal dunia.

18 mangsa selamat, satu maut insiden bot karam di Pulau Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seramai 18 mangsa bot karam ditemui dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia dalam kejadian di perairan timur laut Pulau Perak, dekat sini semalam.

Kesemua mangsa dijumpai terapung dengan memakai jaket keselamatan oleh aset KD Ledang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Mereka yang terselamat berusia 15 hingga 53 tahun, manakala mangsa yang maut merupakan lelaki tempatan berusia 70 tahun. Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita tempatan, tiga warga Myanmar dan seorang Bangladesh.

Difahamkan, ketika kejadian mereka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tukun di perairan Pulau Perak.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, KD Ledang berjaya mengesan kesemua mereka sebelum memberikan rawatan awal kepada  mangsa yang selamat, manakala mangsa yang maut turut dibawa untuk tindakan lanjut.

“KD Ledang tiba di Jeti TLDM Mawila 3 pada pukul 6 pagi dan kesemua mangsa menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat warga emas tersebut diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, selesai pemeriksaan, kesemua 18 mangsa yang selamat diserahkan kepada Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan seterusnya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersyukur kerana 18 mangsa lain berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas serta koordinasi baik antara semua agensi,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang yang berada di dalam bot dilaporkan hampir karam di perairan timur laut Pulau Perak. Insiden tersebut dimaklumkan oleh pemilik bot pada pukul 10.45 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN