fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Penganggur didenda RM2,000 tumbuk pemandu Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perbuatan seorang penganggur mencederakan seorang lelaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu berbalas apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, S. Nandah Kumar Naidu, 47, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa berusia 26 tahun sewaktu kejadian di Jalan Mahindasa, Bukit Serindit, Melaka Tengah di sini pada pukul 2.20 petang, 23 November 2024.

Bagi kesalahan itu, Nandah Kumar didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berada di dalam kereta Perodua Axia di tepi jalan dirempuh Proton Iswara yang dipandu tertuduh. Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan rusuk kiri akibat dipukul.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak bekerja dan mempunyai empat tanggungan. Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN