fbpx
Gambar hiasan.

PRN Negeri Sembilan: 13,263 kertas undi pos dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 13,263 kertas undi pos kepada individu yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, daripada jumlah itu, 12,669 kertas undi pos dikeluarkan kepada petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera serta petugas media di bawah Kategori 1A.

Menurutnya, sebanyak 343 kertas undi pos pula dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara di bawah Kategori 1B, manakala 251 kertas undi pos diberikan kepada pegawai daripada 11 agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan di bawah Kategori 1C.

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPR turut mengingatkan semua pengundi pos membuat penandaan pada kertas undi, mengisi Borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) dengan lengkap dan betul serta mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN sebelum pukul 5 petang pada 1 Ogos, iaitu hari pengundian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN