fbpx
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 40 Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam berhampiran Sedenak, Kluang malam tadi. Foto Ihsan Bomba.

Ajal masuk laluan bertentangan, bertembung lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang lelaki menemui ajal selepas kereta Perodua Myvi dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 40, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Sedenak di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa dan sebuah lori tangki yang dipandu lelaki berusia 31 tahun.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari arah Kulai menghala ke Sedenak dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian bertembung dengan lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah serta tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan oleh anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kulai sebaik berjaya dikeluarkan daripada kenderaannya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulai untuk proses bedah siasat.

Tambah beliau, pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN