OAKLAND, CALIFORNIA – Tindakan pantas anggota bomba di Oakland yang memberikan bantuan pernafasan berjaya menyelamatkan nyawa seekor burung merpati, lapor agensi berita BBC Indonesia.
Burung merpati tersebut terbang merentasi asap tebal daripada kebakaran sebuah kereta yang sedang dikendalikan oleh pasukan bomba tersebut.
Selepas api berjaya dipadamkan, mereka menyedari seekor burung merpati sedang menghampiri mereka.
Anggota bomba memberitahu agensi berita BBC bahawa mereka menggunakan topeng oksigen pediatrik (kanak-kanak) untuk membekalkan oksigen kepada burung berkenaan.
Selepas menyedut oksigen selama beberapa minit, merpati itu akhirnya kembali bertenaga dan mampu terbang semula. – AGENSI














