PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang),” katanya.
Keadaan sama turut berlaku di Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching, Serian (Tebedu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE













