fbpx
MESSI mengakui Argentina gagal memberikan aksi terbaik menyebabkan mereka gagal menghalang dominasi Sepanyol ketika tewas pagi semala. - AFP

Piala Dunia 2026: Messi akui Sepanyol beraksi lebih sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Kapten Argentina, Lionel Messi tidak dapat menahan sebak apabila pasukan itu gagal untuk mempertahankan gelaran selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia 2026 di Stadium New York awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kekalahan itu sudah dapat dijangka apabila Argentina gagal untuk mempamerkan prestasi sebenar sehingga menyaksikan skuad La Roja menguasai 68 peratus permainan selain melakukan 20 percubaan.

Ketika Argentina berharap untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti, pemain gantian, Ferran Torres menjadi wira Sepanyol apabila meledak gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-106.

Messi yang sering menjadi penyelamat La Albiceleste pada kempen Piala Dunia kali ini mengakui kecewa dengan kekalahan itu, tetapi dia memberikan kredit kepada Sepanyol atas kejayaan menjulang Piala Dunia.

“Memang tidak dapat dinafikan saya sangat sedih dan kecewa dengan kekalahan ini saya tahu semua pemain sudah memberikan segala-galanya sepanjang perlawanan. Oleh itu, tidak ada apa yang perlu dimalukan.

“Kredit kepada Sepanyol kerana mereka menampilkan aksi jauh lebih baik berbanding kami. Kami tewas dan menerima keputusan dengan hati terbuka, tetapi tidak bermakna kami melupakan pencapaian di sini,” katanya.

Difahamkan, perlawanan itu dianggap sebagai penampilan terakhir Messi pada saingan Piala Dunia selepas dia mengakui tidak mungkin akan menyertai edisi 2030 yang dijadualkan berlangsung di Maghribi, Portugal dan Sepanyol.

Sementara itu, Messi boleh dianggap mempamerkan aksi cukup cemerlang sepanjang Piala Dunia kali ini apabila berjaya menjaringkan lapan gol selain melakukan empat umpanan, namun tidak mampu mengatasi penyerang Perancis, Kylian Mbappe yang muncul penjaring terbanyak.

Walaupun memiliki pengaruh cukup besar kepada permainan Argentina sejak aksi peringkat kumpulan, namun prestasi hambar di pentas final tidak melayakkan Messi untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN