fbpx
SEPANYOL merangkul gelaran Piala Dunia buat kali kedua selepas melakukannya kira-kira 16 tahun lalu apabila menewaskan Argentina di pentas final pagi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol pakar kejayaan ‘double glory’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Pengendali Sepanyol, Luis De La Fuente mengakui La Roja sepatutnya tidak perlu menanti sehingga masa tambahan kerana lebih berhak untuk mengesahkan kejuaraan dalam tempoh 90 minit.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 65 tahun itu tetap gembira dengan kejayaan pasukannya dan turut memuji kualiti dijelmakan penjaga gol Argentina, Emi Martinez yang tampil cemerlang menafikan banyak percubaan Sepanyol.

“Saya fikir keputusan perlawanan sepatutnya sudah dapat dimuktamadkan lebih awal. Dibu (Martinez) melakukan aksi menyelamat berkualiti untuk menafikan hasrat kami mendapatkan gol lebih awal.

“Tetapi, ini adalah perlawanan akhir Piala Dunia, walaupun kami hanya menentang 10 pemain pasukan lawan, kami tetapi berdepan kesukaran,” katanya yang turut dilihat gagal menahan emosi.

Kejayaan skuad kendalian De La Fuente kali ini cukup signifikan apabila mereka seakan mengulangi kejayaan sebelum ini menjulang trofi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 apabila melakukannya sekali lagi untuk Euro 2024 dan Piala Dunia 2026 bagi melengkapkan ‘double glory’.

Pada perlawanan kali ini, Argentina menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah di hujung babak kedua sekali gus memberi ruang buat La Roja memperoleh gol kemenangan menerusi Ferran Torres.

Di awal saingan, peluang Sepanyol yang hadir selaku juara Euro 2024 diragui apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan pendatang baharu, Cape Verde.

Rentetan itu, De la Fuente menzahirkan rasa bangga dengan pemainnya yang kekal bersemangat untuk mengesahkan kejuaraan dunia buat kali kedua dalam sejarah penyertaan Sepanyol.

Jurulatih itu melabel skuad kali ini adalah generasi emas yang mampu terus berkembang bagi mendapatkan lebih banyak kejuaraan buat La Roja pada masa akan datang.

“Saya rasa cukup bangga dengan generasi yang telah berkembang, ini juga menjadi contoh yang kami adalah sebuah keluarga. Bagi saya, pemain sekarang memiliki bakat yang cukup luar biasa.

“Bagi saya, menjadi satu kebanggaan untuk bersama mereka mengharungi perjuangan kali ini. Mereka adalah generasi yang akan menjadi sumber kebanggaan Sepanyol,” katanya yang turut memacu Sepanyol menjuarai Euro 2024.

Lebih menarik, Sepanyol tidak hanya mengesahkan kejuaraan Piala Dunia 2026, tetapi turut merekodkan pencapaian luar biasa apabila hanya bolos sekali dalam lapan perlawanan tanpa sebarang kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN