fbpx
Abdullah

Abdullah dikhuatiri hilang selepas keluar sarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar bersarapan pagi di Kampung Baru Neram 1, Cheneh, di sini, sejak kelmarin.

​Abdullah Besar, 70, dikatakan keluar seorang diri dari rumahnya untuk bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan warga emas tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, ​Che Ahmad Taqiyuddin Che Yaacob berkata, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada pukul 6.40 petang, semalam.

“Mangsa (Abdullah) dikatakan memakai baju belang berwarna biru putih dan berseluar panjang hitam sewaktu kali terakhir ditemui.

“Operasi SAR digerakkan dengan bantuan pihak polis dan penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Che Ahmad Taqiyuddin berkata, operasi SAR kini merangkumi kawasan radius lima kilometer dari rumah mangsa, manakala tumpuan juga diberikan di dalam kawasan kebun-kebun sawit berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN