fbpx
Aminuddin ketika melakukan tinjauan mesra di Ladang Sengkang, Port Dikson hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

PRN N. Sembilan: M40 turut nikmati manifesto PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada golongan B40, malah turut memperluaskan manfaat kepada kumpulan M40.

Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan dapat menikmati kesejahteraan yang ditawarkan kerajaan negeri.

“Kalau dahulu kita terhad kepada golongan B40, kali ini kita mahu membantu M40 supaya mereka juga dapat menikmati manfaat yang disediakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Ladang Sengkang, di sini, hari ini.

Menurutnya, antara inisiatif yang akan diperluaskan kepada M40 termasuk kemudahan dan bantuan dalam bidang pendidikan yang sebelum ini lebih tertumpu kepada keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, tugas utama calon dan jentera sepanjang kempen adalah menyampaikan serta menerangkan manifesto kepada rakyat supaya mereka memahami setiap tawaran yang dikemukakan.

“PH bukan sekadar menabur janji, sebaliknya mempunyai rekod melaksanakan manifesto sejak 2018 dan meneruskan komitmen tersebut selepas PRN pada 2023.

“Kita bukan hanya bercakap, tetapi banyak perkara telah dilaksanakan. Tanggungjawab kali ini lebih berat, namun saya yakin ia mampu direalisasikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN