fbpx
Gambar hiasan.

Pantai Timur, Utara dijangka hujan lebat hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Kuala Muda), Pulau Pinang dan Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang)

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan),” katanya.

Keadaan sama turut berlaku di Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN