fbpx
Keadaan sebuah lori membawa bekalan ayam yang merempuh sebuah treler di Jalan Raya Timur Barat dekat Tanah Merah hari ini. Foto BOMBA

Tiga maut, lori bawa ayam rempuh treler parkir tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Seorang pemandu lori dan dua kelindan maut selepas lori yang membawa bekalan ayam yang mereka naiki merempuh sebuah treler diparkir di tepi jalan di Jalan Raya Timur Barat dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.26 pagi itu, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam lori berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mat Nuri Mohamad berkata, anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 4.41 pagi sebelum mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan membawa bekalan ayam merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, nahas tersebut membabitkan tiga mangsa yang tersepit di dalam sebuah lori.

Mayat pemandu lori dan dua kelindan yang terlibat nahas di Jalan Raya Timur Barat dekat Tanah Merah hari ini. Foto BOMBA

“Mayat ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mat Nuri memberitahu, operasi mengeluarkan kesemua mangsa tamat pada pukul 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN