fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Pinjam RM300 dan ‘lesap’, tiba-tiba muncul dalam mimpi minta tolong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Selepas lima tahun, tiba-tiba dia muncul dalam mimpi minta tolong. Hampir dua ke tiga malam, mimpi yang sama”.

Itu perkongsian seorang pemuda mengenai pengalamannya yang pernah meminjamkan wang sebanyak RM300 kepada seorang kenalan, namun ‘lesap’ selepas mencacinya menerusi mesej apabila hutang itu ingin dituntut.

Menggunakan profil @Fahmee_pr di media sosial, lelaki itu berkata, selepas kejadian mimpi tersebut, dia bertindak ‘menyiasat’ keadaan terkini kenalannya itu, namun terkejut kerana mendapat khabar bahawa individu tersebut telah pun meninggal dunia.

“Lima tahun lepas ada seorang kenalan ni pinjam duit RM300. Cakap nak pinjam seminggu. Bila minta balik dia buat bodoh dan banyak ngelat.

“Tengok, dia kerap lepak kafe sedap-sedap, siap bercuti dengan kawan-kawan. Dia sekat saya di media sosial, tapi tak mengapa saya hanya abaikannya.

“Saya ambil keputusan untuk mengetahui sama ada dia berada dalam keadaan baik. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia sebenarnya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga bulan sebelumnya,” kongsinya.

Bagaimanapun menerusi perkongsiannya di ruangan komen, dia telah pun menghalalkan wang yang dipinjamkan itu.

“Saya dah halalkan, dah abaikan lama. Lepas lima tahun, dia yang muncul semula dalam mimpi baru-baru ni. Saya masih ingat ayat terakhir dia mesej saya, ‘Kau ni dah la bodoh, miskin pula nak minta-minta duit’.

“Lepas tu letak emoji gelak banyak-banyak. Saya tak boleh balas mesej tu sebab dia sekat saya serta-merta. Sejujurnya ia sedikit menyakitkan, tapi sekarang dah tiada sakit hati…,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN