fbpx
Anwar bercakap kepada pemberita pada Program Madani bersama Komuniti Tambun di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI

Anwar pertimbang tambah peruntukan Sara dalam Belanjawan 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan akan berbincang kemungkinan untuk menambah peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam Belanjawan 2027 bagi membantu rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun keputusan mengenainya bergantung kepada kedudukan ekonomi negara dan dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menilai keupayaan kewangan negara bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan.

“Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA, saya ingin memaklumkan sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan, saya telah bincang dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan petang semalam sama ada kita boleh tambah bantuan SARA.

“Dalam Belanjawan akan datang, saya akan pertimbangkan bagaimana kita boleh tambah peruntukan untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Madani Kita Memaknai Harapan Rakyat bersama Komuniti Tambun di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di sini hari ini.

Anwar berkata, pihaknya kekal komited untuk memastikan bantuan sampai kepada rakyat yang memerlukan, terutama ketika berdepan cabaran kos sara hidup.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan terus memperkemas Jualan Rahmah bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN