fbpx
Mohamad ketika ditemui pemberita pada Program PDM BN Taman Kelab Tuanku, Mambau, hari ini.

PRN N.Sembilan: Mohamad sedia letak jawatan jika diarah PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kedudukan Menteri dan Timbalan Menteri daripada Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet.

Beliau berkata, soal pelantikan atau penamatan jawatan anggota pentadbiran kerajaan merupakan kuasa Perdana Menteri.

“Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau yang melantik Menteri dan Timbalan Menteri. Jika ada arahan untuk saya meletakkan jawatan, saya tidak keberatan untuk letakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program PDM BN Taman Kelab Tuanku, Mambau di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Angkatan Muda Harapan yang mahu semua Menteri dan Timbalan Menteri daripada BN meletakkan jawatan selepas gabungan itu memutuskan untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Rantau menyifatkan pelbagai kenyataan yang timbul sepanjang kempen pilihan raya sebagai lumrah politik dan tidak perlu diperbesarkan.

“Politik ini biasalah, saya tidak kecil hati. Masing-masing janganlah meloncat-loncat. Dalam kempen, biasalah usik-mengusik itu perkara biasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN