fbpx
Mohamed Khaled (dua, kanan) ketika Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN N19 Johol di PDM Air Mawang, malam tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

PRN N. Sembilan: ‘Kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu’ – Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelihatan ‘senada’ dengan pandangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai isu melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya ada arahan daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, pelantikan atau penamatan khidmat mana-mana menteri adalah tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri.

“Seperti saya kata, soal pelantikan menteri semua adalah budi bicara Perdana Menteri, (tapi) kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu,” katanya selepas Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional BN N19 Johol di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Mawang, di sini malam tadi.

Khalid terdahulu ketika diminta pemberita mengulas mengenai kenyataan Anwar ketika di Ipoh, hari ini yang memberi amaran kepada mana-mana menteri dan timbalan menteri supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

“Kempen BN perlu secara berhemah. Rakyat perlu beri pertimbangan betul, baik dan tepat kerana ia merupakan pendirian serta keputusan rakyat yang akan mempengaruhi masa hadapan kehidupan mereka.

“Jadi, tak perlu nak menggunakan pendekatan-pendekatan yang boleh menyakitkan hati ataupun memburuk-burukkan antara satu dengan lain,” katanya.

Sementara itu, mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan supaya Mohamad meletakkan jawatan, Khaled berkata, pihak berkenaan tidak perlu mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah perkara yang akan diputuskan oleh Perdana Menteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN