fbpx
Steven Sim (tengah) pada Program bersama usahawan TEKUN di Seremban hari ini.

TEKUN sasar percepat kelulusan pembiayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyasarkan keputusan permohonan pembiayaan mikro Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional berjumlah RM20,000 dan ke bawah dapat diberikan dalam tempoh 24 jam.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, bagi permohonan pembiayaan RM100,000 dan ke bawah pula, kementerian menetapkan sasaran keputusan sama ada diluluskan atau ditolak diberikan dalam tempoh tujuh hari.

“Usaha mempercepatkan proses kelulusan perlu disertai penyaluran dana yang cekap supaya usahawan dapat menggunakan pembiayaan tanpa perlu menunggu lama.

“Permohonan pembiayaan TEKUN tidak memerlukan sokongan atau pengesahan daripada mana-mana pemimpin politik,” katanya pada Program bersama usahawan TEKUN di sini hari ini.

Menurutnya, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM36 juta kepada kira-kira 1,500 usahawan di Negeri Sembilan hingga Jun tahun ini.

Katanya, di peringkat nasional pula sebanyak RM540 juta disalurkan kepada 25,600 usahawan dalam tempoh sama.

“TEKUN banyak menyumbang kepada pembangunan usahawan tempatan sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, namun sebarang kelemahan dalam proses penyampaian perlu terus ditambah baik berdasarkan pengalaman sebenar usahawan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN