fbpx
Gambar hiasan.

Tiada tolak ansur jika wujud rasuah dalam pelaburan KWAP – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) membabitkan syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tiada petunjuk berlakunya penyelewengan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan bagi memastikan segala keputusan dibuat mengikut tatakelola yang betul.

“Saya telah menemui pengurusan KWAP untuk menyatakan mereka harus memberi kerjasama sepenuhnya. Walaupun melihat pada laporan awal, saya percaya tidak ada unsur-unsur sebegitu.

“Saya ingin tekankan bahawa kita tidak boleh bertolak ansur sekiranya ada penyelewengan atau rasuah.

“Oleh sebab itu, walaupun kita berpendapat sedemikian, SPRM harus juga melihat proses pelaburan dan keputusan dibuat oleh panel pelaburan yang akhirnya dipersetujui oleh lembaga,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda mengenai strategi memastikan KWAP dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus memberikan pulangan yang mampan meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Anwar turut menjawab soalan tambahan Senator Wan Martina Wan Yusoff berhubung usaha kerajaan memperkukuh proses pemilihan syarikat destinasi pelaburan pada masa depan serta jaminan bahawa dana persaraan rakyat akan terus diurus secara telus dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN