fbpx
Hamzah menghadiri pertemuan bersama calon Wawasan DUN Sikamat dan Ampangan serta kepimpinan PN dan BN di Kampung Ujong Pasir, Sikamat. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Jangan tuduh Pas toksik, Muhyiddin perlu ingat sejarah jadi PM – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melihat kepada sejarah sebelum melabelkan Perikatan Nasional (PN) yang kini diterajui Pas sebagai ‘parti toksik.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Muhyiddin sepatutnya mengingati jasa baik Pas sehingga membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Macam mana dia boleh kata toksik? Tan Sri Muhyiddin tidak boleh menjadi Perdana Menteri tanpa UMNO dan beliau juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri tanpa Pas.

“Maka janganlah menuduh orang toksik dan sebagainya. Kita kena ingat sejarah bagaimana orang luar atau parti lain membantu kita sehingga kita boleh menjadi Perdana Menteri. Sebab itu saya tidak mahu menuduh sesiapa,” katanya selepas megadakan pertemuan bersama calon Dewan Undangan Negeri Sikamat dan Ampangan di Kampung Ujong Pasir, Sikamat, hari ini.

Jelas Hamzah, beliau sendiri tidak mahu menuduh atau menyalahkan sesiapa, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan kerajaan di bawah satu gabungan yang lebih kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN