fbpx
Calon BN DUN Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman (tiga, kanan) menyampaikan baju jentera kepada Mohamed Khaled di Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN N19 Johol di PDM Air Mawang, malam tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Malaysia kukuh pertahanan di Pulau Layang-Layang, radar baharu dipasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Malaysia terus memperkukuh kedudukan pertahanannya di Pulau Layang-Layang, termasuk memasang sistem radar baharu bagi meningkatkan keupayaan pemantauan di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil ketika Malaysia berdepan tuntutan bertindih beberapa negara di Laut China Selatan yang memerlukan kerajaan sentiasa mempertahankan pendirian dan kedaulatan negara.

“Kita tahu kawasan Laut China Selatan merupakan kawasan tuntutan bertindih. Kita berhadapan dengan tuntutan daripada China, Vietnam dan Filipina.

“Kita tidak benarkan apa-apa kenyataan atau tuntutan berlalu begitu sahaja tanpa menunjukkan pendirian Malaysia,” katanya selepas Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) N19 Johol di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Mawang, di sini, malam tadi.

Khaled berkata, Malaysia juga sentiasa menerima bantahan daripada negara lain yang membuat tuntutan ke atas kawasan yang turut dituntut negara masing-masing.

“Mereka mendakwa kawasan itu milik mereka, jadi ia perlu diuruskan melalui bantahan rasmi. Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini ada negara mengumumkan kawasan lautnya merangkumi beberapa pulau milik kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN