fbpx
Rieffa terpaksa meninggalkan pentas Big Stage X Rocketfuel selepas memungut markah tercorot.

Hampir rebah, Rieffa tinggalkan pentas Big Stage X Rocketfuel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bagai gagal mengawal keadaan, peserta Big Stage X Rocketfuel, Rieffa terpaksa meninggalkan pentas program tersebut pada malam ini.

Rieffa atau nama sebenarnya Muhamad Alif Abdullah, 18, tidak dapat menahan sebak memohon maaf kepada ibunya kerana tidak dapat bertahan.

“Kepada semua yang menyokong saya, terima kasih sebab bersama saya selama empat minggu.

“Pada mama, saya minta maaf tak dapat banggakan mama.

“Kepada keluarga saya, saya minta maaf. Saya tak boleh,” katanya usai pengumuman penyingkiran.

Semasa nama diumumkan, anak kepada pempengaruh Ayu Kepoh itu menangis dan gagal mengawal keadaan sehingga hampir rebah.

Namun, rakan-rakan dan hos iaitu Nabil Ahmad tampil ke arahnya sambil memberi sokongan.

Dalam masa sama, seisi dewan turut melaungkan namanya bagi memberikan semangat buat jejaka itu.

Pada konsert yang bertemakan ‘Love Tune’, kedudukan pertama menjadi milik Ranisha menerusi lagu Nak Dara Rindu nyanyian Dayang Nurfaizah dengan markah tertinggi, 74.67 peratus.

Tempat kedua pula menjadi milik Danny manakala Adam Nazmie pula berada di tempat ketiga.

Sementara itu, Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi bagi minggu ketiga.

Big Stage X Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN